top of page
Search
  • Writer's pictureBEATIFIC STUDIO

LAPORAN TEKNIKAL RSN NEGERI JOHOR 2040 (KAJIAN SEMULA)

Updated: Jul 19, 2019

Rancangan Struktur Negeri (RSN) merupakan satu dokumen bertulis yang menetapkan bentuk perancangan statutori sebagai asas kepada perancangan fizikal bagi sesebuah negeri. RSN merupakan peringkat kedua dalam perancangan fizikal sesebuah pembangunan di dalam Malaysia. Buat masa ini Negeri Johor menggunakan Rancangan Struktur Negeri Johor 2002-2020 yang telah diwartakan pada 3 Januari 2008. Disamping itu terdapat RSN yang terkini bagi mengantikan Rancangan Struktur Negeri Johor 2020 iaitu RSNJ 2030. Rancagan Struktur Negeri Johor 2030 ini masih lagi di peringkat draf dan masih belum diguna pakai oleh mana-mana rancangan di negeri johor. RSNJ mempunyai matlamat pembangunan negeri yang tersendiri disusuli dengan objektif yang perlu dicapai dengan teras- teras dan dasar-dasar pembangunan yang bergerak seiring dengan matlamat negeri Johor. Maka sesuai dengan peruntukkan subseksyen 11, akta perancangan Bandar dan desa 1976 (akta 172), dimana dikehendaki Rancangan Struktur dikaji semula setiap lima tahun. Sehubungan dengan itu, Rancangan Struktur Negeri Johor (kajian semula) 2019-2040 dihasilkan untuk penambahbaikan draf Rancangan Struktur sebelum ini.

*Ikut pautan ini untuk laporan penuh teknikal rsn johor 2040 (kajian semula)

https://drive.google.com/open?id=1XgAJQjylQZAildNLfgJo4GIRfEbfQN1d



1,073 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page